Asal usul Tortellini

Asal bagi tortellini adalah kabur walaupun banyak legenda mendakwa asal-usulnya. Satu tradisi tempatan yang kukuh mengatakan bahawa hidangan ini dicipta di Castelfranco Emilia (wilayah Modena).[3] Satu malam semasa dalam perjalanan, Lucrezia Borgia tinggal di tempat penginapan di bandar kecil dan pada waktu malam tuan rumah menjadi terpesona dengan kecantikan Lucrezia sehingga dia tidak dapat menahan keinginan untuk mengintip ke biliknya melalui lubang kunci. Bilik tidur diterangi hanya beberapa lilin, dan dia hampir tidak dapat melihat pusta beliau. Penglihatan tersebut mengilhami dan mendorong beliau untuk mencipta tortellini malam itu.

Tortellini dari Modena.

Satu muasal lain dari zaman Pertengahan menceritakan kononnya bagaimana Venus dan Jupiter tiba di kedai minuman di pinggir Bologna pada satu malam (dalam jelmaan manusia) dan letih dari penglibatan mereka dalam pertempuran antara Modena dan Bologna. [3] Selepas banyak makan dan minum, mereka berkongsi sebuah bilik. Pemilik penginapan, terpesona dengan kedua-duanya, mengikuti mereka dan menjenguk melalui lubang kunci tersebut. Apa yang dapat dilihat adalah pusat Venus itu. Terpesona, dia bergegas ke dapur dan menciptakan tortellini.

Tortellini dalam kuah.

Akhirnya penjelasan ketiga mendakwa bahawa tortellini dihasiulkan semula berbentuk penyu dalam usaha untuk meniru ciri-ciri seni bina terkenal di Modena, yang banyak bangunan abad ke-17 menggambarkan motif penyu.[3]